Seorang majikan wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang pada Khamis atas pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia.<br /><br />Tertuduh yang merupakan pengurus syarikat swasta, K.Rineshini Naidu, 35 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin.